ccs studio

[ 06 ] HUBUNGI

Jom buat
sesuatu
yang berbaloi.

Ada brief, idea kasar, atau masalah yang anda asyik cerita pada kawan? Pilih saluran yang paling selesa. Saya baca semua, balas dalam 24 jam pada hari bekerja.

SALURAN

02 · pilih satu

KETERSEDIAAN

4 bulan akan datang
  1. Apr 2026
    Penuh
    Sedang dalam mod penghantaran. Tiada projek baru dibuka.
  2. Mei 2026
    Terbuka · 2 slot
    Boleh mula pertengahan Mei.
  3. Jun 2026
    Terbuka
    Waktu yang baik untuk landing page + build pendek.
  4. Jul 2026
    Terbuka
    Projek jangka panjang mula di sini.

SOALAN LAZIM

03

Brief macam mana dah cukup?

Dua perenggan sudah cukup. Untuk siapa, kena buat apa, bila lancar, bajet kasar. Soalan lain saya tanya masa panggilan pertama.

Projek sebenarnya bermula macam mana?

1) Anda emel/WhatsApp saya. 2) Panggilan 30 minit untuk tengok keserasian. 3) Saya hantar dokumen skop dengan harga, timeline, andaian. 4) Deposit 50%, kita mula dalam seminggu.

Harga tetap atau ikut jam?

Harga tetap secara default — anda tahu dari awal anda bayar untuk apa. Ikut jam (~USD 85 / RM 400 sejam) hanya untuk kontrak penyelenggaraan jangka panjang, atau fasa awal bila skop masih kabur.

APA SAYA TAK BUAT

jimatkan masa kita berdua
  1. Panggilan cold-pitch atau mesyuarat 'cuma 15 minit nak tanya sikit'.
  2. Build WordPress / Wix / Squarespace — bukan stack saya.
  3. Jaminan ranking SEO. Sesiapa yang janji itu menipu.
  4. Brief 'kita tengok dulu macam mana'. Tanpa skop jelas di awal, akan hanyut selamanya.
↳ MASIH SINI?

Isyarat baik. Jom kita mula bincang.